Salam semua..sekadar ingin berkongsi sedikit info mengenai sutera vietnam aka vietnam silk ni..
korang kena tau bahawa vietnam silk ni ada3 kategori/gred..mungkin korang biasa pergi kedai2 kat luar sana contohnya kat Jln TAR...kita sering kali keliru dgn nilai harga yang berbeza2 antara satu kedai dgn kedai yang lain..material lain, harga pun lain la..so kita sebagai pembeli jangan tertipu dgn taktik peniaga...so cara nak tentukan gred mudah je...1. Gred C @ 3
- material kain yang kasar..bila dah jadi baju siap...kainnye xberapa mesra alam - xsejuk,keras dan mudah tertarik benang(kain)
2. Gred B @ 2
- material kain sederhana kasar, medium keras, sedikit sejuk dan tahan lasak sikit jika dibandingkan dgn kain gred 3
3. Gred A @ 1
- material kain lembut...mmg sutera..sejuk dan selesa dipakai waktu siang atau malam...warna kain serta corak kain yang mmg berbeza dari gred C atau gred B.
macam tu la cara nya macam mana korang nak tau gred kain vietnam silk ni..mudah kan?Semoga korang semua akan menjadi pembeli yang bijak...till then..adios;p